About Me




Farhah Nasuha nama diberi oleh mak dan abah :)

Orang panggil aku pa'ah. Comel kan ? :3


Aku ni pendiam orangnya dan pemalu orangnya tapi bila dah kawan, kau kena jejaga sebab mulut aku memang takleh tutup.


Memang suka warna hitam. sebab cantik yes semua warna gelap. Biar orang kata aku ni berkabung setiap hari kerana aku masih menggunakan moto 'ada aku kesah?'


Yes. aku nampak tua dan tak flawless. Jangan keji okbai.


Orang ingat aku alim kerana aku pakai tudung labuh. but actually aku tak. Lansung tak.
Aku masih perlu perbaiki diri.


Aku ni jenis yang kalau gelak memang susah berhenti, solehahnya perangai engko! But at the same time aku takut gelap. Seriously, memang takut gelap. Siang pun buka lampu haa gitteww..


Mempunyai kawan, i mean sahabat. Paling sayang sekali 'geng-geng keji' aku lah hahaha. Kalau korang baca, jangan keji aku tau. Keji keji korang pun aku syang ahaks.


Ada kembar, and yes lelaki. selalu berantem. (bergaduh)
Blog aku dulu sebagai kisah peribadi kiranya novel bulanan tapi sekarang aku ubah sikit tema dia.


----------------------------------------------------------
tema : dakwah & nasihat


aku tak berape pro dalam bab puisi tapi aku cuba.
aku tak berape pro dalam bab nasihat tapi aku cuba.
sebab aku tahu tak ramai yang terbuka hati untuk berubah.
ada yang dah terbuka hati tapi tak tahu nak start macam mana.
ya. aku bukan cikgu.
ya, aku bukan ustazah.
tapi aku nak tahu kita semua khalifah.setiap khalifah bertanggungjawab atas masyarakat.

dan ya,
dengan blog aku yang kerdil
inilah aku menegur,
inilah aku menasihati.
kerana aku tahu perasaan korang.
dulu aku pun macam korang.
solat bila 10 minit habis waktu.
zikir, dalam seminggu berapa je.
carut berapa kali dalam sejam.

bab aurat, aku lalai.
kaki dan tangan masih tidak ditutupi.
tudung cukup cukup paras dada.
tapi aku tengah cuba berubah.
alhamdulillah.

dan aku nak ajak korang.
JOM!

----------------------------------------------