Aku, zalim!

Assalamualaikum.


Kejamnya aku pada diri sendiri. 
Zalimnya aku pada diri sendiri.
Aku menganiaya diri aku sendiri.


Biarkan diri sendiri terbuai dalam buaian dunia.
Biarkan diri sendiri termasuk dalam gua jahiliah.
Biarkan diri sendiri dididik cintakan dunia dan takutkan mati!


Tinggalkan jalan dakwah.
Tinggalkan jalan tarbiah.
Hanya untuk dunia yang tidak kekal. Ahh kejam!


Padahal, 
dunia ini tidak lama.
dunia ini akan mati.
dunia ini akan hancur.


Aku tinggalkan Allah.
Aku lupakan Allah.
Aku abaikan Allah.


Namun, sayangnya Allah pada aku.
Dia masih bagi aku hidup.
DIa masih bagi aku peluang.
Untuk aku bertaubat.


Malangnya, aku tak hiraukan.
Aku hamba yang kurang ajar.
Aku hamba yang bongkak dan sombong.


Ya Allah...
Bantu aku untuk bangkit.
Bantu aku untuk keluar.
Dari gua jahiliah ini ya Allah.


Ya Allah...
Aku lemah.
Aku tak kuat.
Aku futur.


Berikanlahku kekuatan.
Berikanlahku ketabahan.
Berikanlahku kesabaran.
Sungguh, aku memerlukannya...


Bantu aku, ya Allah.
Untuk terus istiqomah menjadi hambaMU yang setia dalam jalanMu yang suci ini.